Friday, January 20, 2012

Amin

Nasiblah kan. Dah aku yang buat blog ni. Maka, aku isi hal-hal aku dululah sebagai framework blog ni sedikit sebanyak.

Nama diberi NOOR AMIN BIN AHMAD, NOOR AMIN BIN AHMAD, NOOR AMIN BIN AHMAD (Keh, keh, keh, Aswad mesti faham ni)

Hangpa kenai Sultan Brunei? Kenai? Baguih. Aku tak ada kena mengena dengan dia. (Yang ni kot Zaki dengan Doc Jin ingat tak tau la).

Ok. Saya ni (di)beranak di Perlis tapi mai dok di Selangoq ni sejak tahun 2000. Puncanya sebab mai sambung belajaq la. Lepas buat Diploma, sambung Ijazah. Lepas Ijazah, sambung Master (tapi Tesis tak hantaq sampai ke sudah walaupun pointer 3.86).

Saya ni anak ketiga daripada enam adik beradik. Tapi kak atas saya meninggai, la ni saya kira jadi anak kedua.

FHR ni saya ambik masa tahun 2003, tahun pertama buat Ijazah. Lepas tu terlibat membantu perjalanan kursus sampai tahun 2007/2008. Saya jadi Presiden K3 pada tahun 2005/2006 di mana saya terlibat membantu keseluruhan perjalanan kursus FHR3616. InsyaAllah, jika ada kesempatan saya akan tulis pengalaman sepanjang bersama FHR3616.

Masa tahun 2008, saya diambil bekerja oleh Malaysia Think Tank, London, sebuah organisasi pemikir yang diasaskan oleh anak Malaysia di London (salah seorangnya ialah anak Tuanku Muhriz, Yang Dipertuan Negeri Sembilan la ni). La ni depa dah balik Malaysia dan tukaq nama kepada Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS).

Masa saya bekerja di IDEAS ni rajinlah dijemput memberi pandangan di Astro Awani dan RTM.

Pada tahun 2010, saya telah dijemput menyertai Pejabat Menteri Besaq Selangor. Tapi saya kekal di IDEAS sebagai Felo. Sampai la ni saya masih bertugas di Pejabat Menteri Besaq Selangor sebagai Pegawai Komunikasi dengan tanggungjawab utama menyediakan kajian dan teks ucapan untuk Dato' Menteri Besar Selangor sekarang, Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid bin Ibrahim.

Takat tu dulu la pasai saya. Giliaq orang lain pulak kot?

Penyelidikan dalam bidang Rekreasi Luar

Pengenalan

Rekreasi luar bukanlah disiplin konvensional dalam bidang akademik - dalam erti kata bukan cabang asas seperti Biologi, Matematik dan Sosiologi. Bidang ini lebih merupakan bidang aplikasi (applied field) yang fokus kepada isu dan masalah yang menarik segmen yang luas dalam masyarakat.

Walaupun penyelidikan dalam bidang rekreasi luar boleh dilihat lebih dari 50 tahun yang lampau (Meinecke 1928; Bates 1935), tumpuan penyelidikan dalam bidang ini hanya aktif selepas Perang Dunia ke-2 (Lundberg et al 1934). Ini berkadar langsung dengan perkembangan ekonomi, pengangkutan, masa senggang dan perkembangan sosial lain yang membantu peningkatan penggunaan kawasan rekreasi.

Difahamkan bahawa permulaan penyelidikan yang serius dalam bidang sains sosial berkaitan rekreasi luar berlaku dengan adanya laporan Outdoor Recreation Resource Review Commision(ORRRC). ORRRC dibentuk di bawah Jawatankuasa Khas Presiden pada 1958 di Amerika untuk membantu kerajaan Amerika pada masa itu dengan laporan Outdoor Recreation in America pada 1962 meliputi 29 kajian khas.

Penyelidikan awal dalam bidang ini kemudiannya banyak bertumpu kepada kajian biologikal dan ekologikal kerana banyak pengurus rekreasi luar telah dilatih secara professional dalam disiplin biologi (Lime 1972a, Hendee and Stankey 1973). Perkembangan kepada segmen lain bermula rancak selepas tahun 60-an (mungkin didorong oleh karya yang menggegar Dunia oleh Racheal Carson - Silent Spring 1962) contohnya Sosiologi (Catton 1971, Hendee 1971), Ekonomi (Clawson and Knetsch 1963), Psikologi (Driver 1972), Geografi (Mitchell 1969) dan pendekatan multi disiplin oleh Lucas (1966).

Dalam bidang sosial sains, kajian awal lebih bersifat deskriptif yang berfokus kepada karakteristik pengguna. Meyersohn (1969) mengkritik laporan ORRRC sebagai terlalu umum serta kurang asas teori dan konsep. Walau bagaimanapun, fenomena ini dikatakan biasa bagi semua bidang yang baru mula berkembang. Selepas itu, penyelidikan yang lebih banyak dan lebih dalam mula digiatkan sehingga kini.

Sebagai penggiat dalam bidang ini, sama ada mahasiswa atau pensyarah, bahkan sesiapa juga yang berminat, bidang ini di Malaysia masih mempunyai perspektif yang luas untuk dikembangkan dan diberi fokus. Dalam realiti Malaysia menuju sebuah negara kelas pertama, sudah tentu masa depan Malaysia akan berdepan dengan tuntutan-tuntutan serupa berkait langsung dan tidak langsung dalam bidang ini.

Amin@FHR3616 #1

Untuk kisah nombor 1 ni, aku nak ceghita pasai macam mana aku boleh terjebak dengan FHR3616 ni. Kawan-kawan lain pun boleh buat siri Cerita masing-masing. Nak buat berapa siri pun tak apa.

Alkisah, aku ni molanya buat Diploma Perhutanan. Sebenaqnya aku tak pernah mintak masuk belajaq di Fakulti Perhutanan. Tapi nak buat macam mana dah pandai sangat isi borang UPU tak bincang dengan orang lain. Katanya depa lelong universiti mana nak ambik. Kalau nak ikut borang UPU tu aku dah pangkah kertas tu. Tawaran masa tu Perhutanan, Pertanian, Perladangan dan Doktor Veterinar. Semua tak masuk kepala. Konon dulu nak jadi engineer. Nah, masuk hutan!

Masa masuk hutan ni punyalah dok justify supaya tak rasa ghalat sangat. Almaklum tiga tahun nak kena belajaq oo. Balik kampung orang dok peleceh tanya tu pokok apa, ni pokok apa. Kuang ajaq sungguh.

Ok. Masa masuk tu dari awal dok plan dah nak ambik pengkhususan rekreasi masa tahun akhir Diploma. Bila dah ambik tu, jatuh chenta la bak kata orang. Pastu tak pikiaq banyak dah. Masa sambung buat Ijazah pulun letak perhutanan atas sekali. Confirm nak buat rekreasi.

Tapi, FHR3616 ni sebenaqnya di bawah pengkhususan Pengurusan Pengguna Rekreasi. Aku pulak nak buat Pengurusan Sumber Rekreasi. Dulu tak ada minor-minor ni tak silap aku. Dulu major. Jadi, siapa ambik rekreasi, akan belajaq kedua-dua sekali. Tu pasai aku buat dua-dua sekali masa belajaq Ijazah dulu.

Tu la sebab awal macam mana aku terjebak ke dalam subjek FHR3616 ni. Hangpa?

Siapa kami?

Ini adalah rupa suku-sakat ambilan Tioman. Sebenarnya ada lagi sejumlah rupa yang tak ada di sini. Tak dapat dipastikan sebab sebenar. Agak saya kerana selepas itu mereka tidak aktif lagi bersama dalam menggerakkan pelbagai program.

Di kalangan mereka yang di atas ni, Hamid yang gambarnya di hujung sekali sebelah kanan baris kedua dari bawah telah meninggal dunia pada tahun lalu. Semoga Allah s.w.t. menempatkannya di sisi golongan beriman. Ameen.

Selamat datang

Salaam.

Pahabaq kawan-kawan? Teghima kasih sebab mai jengok blog ni.

Blog ni sebenaqnya dibuat secara spontan untuk tujuan mengekalkan dan mengeratkan silaturrahim sesama alumni FHR3616, khususnya ambilan Tioman. Di samping itu, ia juga untuk membolehkan adik-adik baru dalam kursus berkenaan ambik tau dan berhubung dengan kami.

Blog ni memang tak bertujuan terlalu serius. Santai saja. Tapi ia juga tak bermaksud main-main.

Kot ada yang tak berkenan di hati boleh habaq mai. Kot ada yang baik tu ambik buat teladan.

Takat tu dulu na? Jumpa lagi nanti.